Friday, January 11, 2008

Aku bukan budak sekolah lagi, tapi ya! aku memerlukan azam tahun ini, mesti!

orang paling selfish

Dulu saya ada blog. Tapi saya malas nak update. Isi dia tah hape-hape, password dia pon saya dah lupe, malas nak trace balik. Sempena dengan tahun baru ni, saya dah buat azam baru!. Mesti keluarga saya gembira mendengarnya. Seperti tahun yang sudah-sudah, saya memang tiada azam kecuali seorang kawan yang bernama Azizul Azam yang meminjam cdrw sony saya dan membuat macam harta sendiri. "Sardin je - Amir Kuda".

Disebabkan saya ada azam baru, ini memudahkan kerja-kerja saya untuk memikat adik-adik manis. Selepas ini tak perlulah saya melakukan aksi break dance dan bersembang dengan kuat tentang bisnes import export saya di depan sekolah convent dan tak perlulah saya berpura-pura menghisap lima batang rokok sekaligus untuk menunjukkan saya ini adalah seorang yang heavy smoker. Dengan adanya azam baru ini, sudah tentulah kos mendapatkan rawatan di dukun urut Kampung Pisang dapat dijimatkan kerana selepas ini tak perlulah saya berjumpa denganya lagi untuk membetulkan urat saraf saya yang henyot-benyot bahana break dance. Kali ini misi saya mesti berjaya memikat adik-adik manis!. Berusahalah!

Azam baru saya tahun ini ialah:
hendak jadi orang yang selfish

Kalau si Farid tanya kenapa?
boleh makhan boleh makhan

1 comment:

Staircase Pleasure said...

Boleh makhan! Boleh makhan!