Tuesday, February 26, 2008

Kamu nak gamba Eduardo tak? Ah tak nak aku!

Aku baru lepas baca insiden patah buku lali / kaki Eduardo ditekel oleh Martin Taylor ketika perlawanan Arsenal dengan Birmingham yang berkesudahan seri 2-2. Aku baru baca sikit pon dah rasa macam nak pengsan. Bila aku tengok surat khabar utusan Ahad lepas, bukak-bukak je bahagian sukan dah ada gambar kaki Eduardo dah terpeleot. Ni pon aku nyaris pengsan. Tak guna punya utusan!. Pagi-pagi Ahad dah ranjit aku!. Bukan tak boleh tengok, boleh, tapi tak boleh tengok lama-lama, nanti bila aku dah tenung lama-lama, kepala otak aku akan jadi ting tong.

Sebelum ni pon same jugak, aku tengok video tomoi. Kaki patah masa tengah berlawan. Ni pon aku nyaris pengsan. Aku ade tengok kat tv3 dulu, Misteri Nusantara kalo tak salah aku, ada si minah ni patah tangan, jumpa dengan bomoh suruh sambungkan balik tangan dia yang patah. Yang ni ok lagi, tapi yang tak ok nya, bila digayangnya cukup-cukup tangan yang patah tu, sampai tak menang tangan si bomoh tu. Aku terus masuk dalam bilik. Baring atas katil. Nyaris tak pengsan depan tv. Ah tolong! aku memang foul dengan kes-kes macam ni!.

Tuesday, February 5, 2008

Wednesday, January 30, 2008

Saturday, January 19, 2008

...sebab apa? sebab "nampak lebih beremosi dan lebih ikhlas"

Ni adalah interview pertama aku dalam tempoh 6 tahun. Dibuat oleh saudara Khalil dari zine Bicara Mengenai Sesuatu dan dia juga adalah pemain drum untuk kugiran Arrogant Inside Ourselves. This is Ipoh City Hardcore bebeh!.

Hei Fariq .. Dalam email nie aku ada sertakan satu soalan untuk projek zine aku BMS isu 5 .. Soalan mengenai perubahan scene dahulu dan sekarang .. Interview nie aku akan selitkan untuk ruangan forum dalam zine aku .. Hope ko sudi jawab soalan yang tak seberapa nie (",)

(soalan) Bertapaknya diy punk hardcore scene di Malaysia mula pada awal tahun 1990an yang mana pada masa tersebut ianya lebih dikenali dengan nama "underground" dan sekarang ianya sudah pun berada tahun 2008.Apakah perubahan ketara scene diy punk hardcore yang telah terpelit kepada masyarakat sekeliling dan kepada scene diy punk hardcore itu sendiri?

p/s : Jawapan dihantar sebelum 20hb Januari 2007 .. Zine aku maybe dalam bln 2 or 3 rilislah .. Sudah rilis nnt aku kasi free copy kat ko (",)

Jawapan:

Hello khali, ni dia interview yang kau bagi aritu.. anyway thanks sbb sudi interview aku.. nnt dah release inform aku ok! thanks khalil!

Hello & hai khalil, ape kabar? Harap kau sehatlah hendaknya di samping orang-orang yang tersayang. Firstly aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kat kau sebab sudi menemuramah aku. Dah lama dah rasenye orang tak interview aku, last skali pon kalo x silap aku 6 tahun dulu. :)

Ok kita ke soalan. Untuk pengetahuan kau, aku mula involved di dalam scene hardcore punk ni sekitar akhir 90an. Ketika itu memang tidak dinafikan, band-band diy tidaklah banyak jika dibandingkan dengan scene sekarang ini. Masa tu, aku still ingat, beberapa kerat je band yang buat proper recording dan juga proper release. Ketika tu, banyak band yang lebih cenderung merilis demo-demo atau pon “reh” (masa dulu aku tak tau ape bende la reh tu, rupe-rupenye reh tu bermaksud rehearsal) yang didubbing dalam kaset c-60 atau pon c-90 dan covernya di photostat. Memang old skool!. Bila aku bukak balik kotak kaset aku balik, teringat pulak zaman sekolah dulu, bila dapat je kaset seronok gila, duit sekolah simpan, cukup je duit tanpa berlengah tulis surat order kaset/zine dari kontrabrawl. Kalo tak kontrabrawl, mesti broken noise. Kalo dengan kontrabrawl, setem mesti recycle punya. Memang fully utilise lah!. Ah tolong! aku rindukan saat-saat dahulu.

Dari perspektif aku, perubahan yang boleh aku lihat dari kaca mata aku ialah:

1) Wujud lebih banyak band-band diy - Evolusi ini dapat dilihat dengan wujudnya banyak band-band diy pada waktu ni dengan pelbagai genre muzik dari folk hinggalah ke metal. Ada juga band-band diy tempatan yang sudah meriliskan stuff-stuff mereka di luar negara dan juga di antara mereka yang sudah membuat tour di sana. Ini sudah semestinya fenomena yang bagus. 5 thumbs up for you bebeh!

2) Recording dan rilisan yang lebih proper – Seperti ape yang aku tuliskan di atas, jika dibandingkan dengan scene di tahun 90an, rilisan pada zaman 90an lebih ke arah demo-demo tape versi dubbing c-60 atau pon c-90 dengan cover photostat. Demo dlm format cd mahu pon cdr aku rasa memang jarang dihasilkan kot, ke memang tak ade langsung, sbb aku pon tak pernah dapat. Jika dilihat situasi sekarang, banyak band-band yang gemar dan cenderung meriliskan stuff-stuff mereka didalam format cd, digipack, vcd, dan ada juga dalam bentuk piring hitam. Mutu recording dan juga mutu pembuatan cover band-band diy sekarang boleh dikatakan nampak lebih hensem, tampan dan menawan jika dibandingkan dengan keluaran tahun 90an. Tapi untuk pengetahuan korang, aku still lagi sukakan cover kaset photostat. Seperti kawan aku pernah cakap “ianya nampak lebih beremosi dan lebih ikhlas”.

3) Kurangnya zine dan newsletter – Jika dilihat kembali scene sekitar tahun 90an, kita dapat melihat banyak zine-zine dan newsletters yang wujud bagaikan satu karnival.Dulu asal je aku dapat surat, mesti ade flyers zine-zine baru, pantas menyebabkan aku cuba mengorder dan terus mengorder. Bukan aku kata sekarang dah tak ada zine/newsletters, cuma tak sebanyak macam dulu. Fenomena zine boomers sekitar 90an mungkin disebabkan connection atau pon capaian internet yang begitu terhad. Justeru itu untuk scenester kekal aktif dan updated dengan perkembangan-perkembangan terkini, mereka perlu membaca zine. Jika dilihat sekarang, capaian internet semakin canggih, semakin laju dan kosnya amat murah dan berpatutan. Cuma taip je apa yang hendak dicari, semuanya pantas dan mudah diperoleh. Informasi dihujung jarilah dikatakan. Kecanggihan internet pada masa ini telah mewujudkan banyak zine versi internet yang digelar e-zine. Suatu evolusi yang bagus. For your info, aku still lagi prefer hard copy zine, sebab apa? sebab “ianya nampak lebih beremosi dan lebih ikhlas”.

4) Lebih banyak diy show – Diy show di ini termasuklah pameran-pameran, bengkel-bengkel dan juga persembahan kugiran gitar rancak. Seingat aku la, masa awal 2000an show punk rock/hardcore tak banyak dibuat di kl. Sebaliknya di jb lah heaven diy show ketika itu dan secara tidak langsung secara senyap-senyap aku telah menjadi “secret admirer” kepada scene jb. Tak hairanlah jika aku sendiri sanggup turun ke jb sorang-sorang lepas spm semata-mata tak mahu ketinggalan dengan kemeriahan scene di sana suatu ketika dulu. Masa ni aku tengah kaya beb, baru lepas berenti kerja, takde buat apa-apa, manyak syok!. Tapi masa aku menulis ni hati aku tertanya-tanya, apa yang sudah jadi sekarang dengan scene jb?. *sigh*. Adakah ianya permulaan untuk jadi scene seperti di washington dc? Erm, entahlah. Walaupon mase aku pegi sane, aku sedikit terkejut kerana harga barangan di sana agak mahal jika dibandingkan dengan kl (masa tu aku memang naif, tak tau apa-apa), i still love you jb!. Ok ok berbalik kepada topik perbincangan kita tadi. Erm, jika dibandingkan dengan tahun 90an, diy shows ini amat jarang (bukan tidak ada) jika dibandingkan dengan sekarang yang boleh dikatakan tiap-tiap minggu ade je diy show. Kadang-kadang tu sampai 4, 5 shows dalam satu hari. Memang rambang mata dan tak menang tangan dibuatnya. Kalau nak pergi semua memang rabak. So bile ade banyak show, kita banyak pilihan. Bile banyak pilihan kita boleh jadi selektif. Di sini kita boleh menjadi pengguna yang bijak. Kalo kita pilih show 1, show 2,3 dan 4 akan menjadi kos melepas. Haha, lama gila tak guna ayat ekonomi. Apa pon aku nak nyatakan di sini “diy show, saya mesti pilih!”

5) Flyers – Dulu aku ade habit. Habit aku ialah aku akan simpan ape jua flyers yang aku terima. Dari flyers gig, zine, newsletter mahu pon katalog. Aku akan simpan sekurang-kurangnya satu salinan setiap satu sebagai kenang-kenangan di dalam envelope. Jika kita lihat sekarang, flyers gig diy shows boleh dikatakan majoritinya dilakukan dengan menggunakan perisian photoshop. Secara jujurnya, aku lebih suka dengan cara cut & paste dan photostat. Bukan apa, seperti yang aku cakap kat atas tadi “nampak lebih beremosi dan lebih ikhlas”. Di US, kalo tak salah aku lah, mereka masih lagi menggunakan konsep cut & paste. Aku tak kata aku anti-teknologi, tapi aku lebih sukakan cut & paste kerana apa adik-adik? Kerana “nampak lebih beremosi dan lebih ikhlas”. Ok buat ombak sikit! Woooo

6) Lebih banyak band yang tour di sini – Kita lihatlah sekarang, banyak dah band-band luar yang datang main kat sini, nak katakan tiap-tiap bulan nampak sangat tipunye, tapi dalam setahun tu adalah dalam 10 touring bands main kat malaysia. Wow! Betul ke? Aku pon tak sure lah, aku tak buat statistik touring bands ni. Ke kurang lagi? Ke lebih? Ah lantak lah!. Zaman 90an bukan tak ada touring bands, ada tapi tak sebanyak (ayat ulang) hari ini. Walaupon zaman 2000an ni lebih banyak band-band luar main di sini, aku masih terasa penyesalan gara-gara ketinggalan dan ketidaksampaian melihat fugazi, warsore, himsa dan juga code 13 bermain di sini. Ini disebabkan aku masih lagi bersekolah dan pada masa yang sama banyak kerja sekolah yang perlu saya siapkan, jika tidak saya akan disuruh lari padang atau pon dirotan cikgu di hadapan adik-adik manis ketika perhimpunan mingguan. Wah sedihnya. Jap, nak amik tisu nak nangis.

7) Surat – Sekarang ni, aku rasa anak-anak muda sudah malas untuk menulis surat. Jika nak dibandingkan dengan dahulu, apa sahaja informasi akan disampaikan melalui surat, umpama flyers gigs, zines, newsletters, pamphlet dan juga katalog distro. Banyak zines, newsletters, kaset, cd, 7”, t-shirt dijual pada waktu tu menggunakan mailorder. Dan setiap mailorder selalunya mengambil masa anggaran dua minggu selepas hari kita pos. Aku rasa faktor penyebab kemerosotan penggunaan surat adalah kerana kemajuan internet macam aku tulis kat atas tadi tu. Kemajuan internet menyebabkan kita menjadi malas untuk berutus surat cara lama, cara manual. Sekarang semuanya nak pakai email, cepat, “pantas dan effisennye” macam iklan indah water. Ditambah pulak sekarang ni dah ada friendster, myspace, tagged, e-kawan, hi5, yahoo messenger, facebook dan tah ape-ape lagi. Sebenarnya ape yang aku tulis kat atas ni terkena jugak kat aku sendiri. Masa raya aritu aku dapat 2 kad raya, sampai sekarang aku tak balas-balas lagi. Aku tertanya-tanya, ni dah masuk raya keberapa dah?. Adoi! Sorry geng! *sigh* Tapi apa pon, surat-surat ketika aku aktif membalas surat dahulu masih lagi aku simpan rapi di dalam almari sebagai kenang-kenangan. Surat-surat yang aku simpan sekarang ni aku consider sebagai surat generasi kedua sebab surat generasi pertama dah dibuang oleh mak aku sebab ingat surat-surat yang aku sorok bawah tilam tu adalah sampah. Adeh!

Dari segi masyarakat pulak, ape yang aku lihat dari kaca mata aku sendiri, erm tiada sebarang perubahan ketara. Mentaliti mereka masih lagi ditakuk lama. Mereka masih lagi memandang hardcore punk sebagai satu budaya yang menjelma dari ajaran songsang ayah pin. Apa sahaja media tulis kat surat khabar, semuanya percaya bulat-bulat. Tapi secara jujurnya aku memang tak boleh terima budak-budak yang kononnya punk yang suka buat huru-hara, kacau orang (menyebabkan ketakutan), suka bergaduh, rasis. Dah la rasis, muka pulak tak hensem!. Mungkin masyarakat memandang punk dari sudut sebelah ini, tu sebab mentaliti mereka tak berubah-rubah. Aku rasa lebih baik mereka hidup di zaman neanderthals. Aku terbaca temuramah kugiran marjinal di dalam sebuah blog di internet. Aku petik petikan dia:

"Kita selama bertahun-tahun, di kolektif Taring Babi, hidup di tengah kampung Setu Babakan. Awalnya, mereka was-was melihat penampilan kita yang sangar, tapi lama kelamaan masyarakat meetak-mencetak. Setiap hari, puluhan anak-anak punk dari daerrasa senang, karena kita ikut gotong-royong, membuat acara Agustusan, workshop sablon dan segala keterampilan cah mana aja datang ke Taring Babi, tapi masyarakat tidak lagi was-was. Pernah gue dengar ibu-ibu bilang,"Anak-anak itu rambutnya aja yang aneh, tapi hatinya baek...." Ibu-ibu juga nggak takut melihat tato, yang penting hatinya kagak bertato!". Renung-renungkan dan selamat beramal!.



Saturday, January 12, 2008

Aku percaya pada kugiran Orchid - Gelek Today, Revolution Tomorrow!

Banyak orang bertanya, kenapa saya suka M.Daud Kilau? Jawapan dia semudah ABC, dia inspirasi saya. Gaya lentok badannya yang kadangkala mencecah 860 darjah celcius sesaat menyebabkan semua masalah yang berselirat di fikiran saya hilang sekelip mata. Ditambah pula dengan pakaiannya yang fancy, unik dan menaikkan emosi saya. Pantas mencetuskan gelegak-gelegak aura adrenalin saya di tahap 800 skala richter. Memang tidak dinafikan lagi dia memang hebat. Remember, Daud Kilau always love you!

Friday, January 11, 2008

Aku bukan budak sekolah lagi, tapi ya! aku memerlukan azam tahun ini, mesti!

orang paling selfish

Dulu saya ada blog. Tapi saya malas nak update. Isi dia tah hape-hape, password dia pon saya dah lupe, malas nak trace balik. Sempena dengan tahun baru ni, saya dah buat azam baru!. Mesti keluarga saya gembira mendengarnya. Seperti tahun yang sudah-sudah, saya memang tiada azam kecuali seorang kawan yang bernama Azizul Azam yang meminjam cdrw sony saya dan membuat macam harta sendiri. "Sardin je - Amir Kuda".

Disebabkan saya ada azam baru, ini memudahkan kerja-kerja saya untuk memikat adik-adik manis. Selepas ini tak perlulah saya melakukan aksi break dance dan bersembang dengan kuat tentang bisnes import export saya di depan sekolah convent dan tak perlulah saya berpura-pura menghisap lima batang rokok sekaligus untuk menunjukkan saya ini adalah seorang yang heavy smoker. Dengan adanya azam baru ini, sudah tentulah kos mendapatkan rawatan di dukun urut Kampung Pisang dapat dijimatkan kerana selepas ini tak perlulah saya berjumpa denganya lagi untuk membetulkan urat saraf saya yang henyot-benyot bahana break dance. Kali ini misi saya mesti berjaya memikat adik-adik manis!. Berusahalah!

Azam baru saya tahun ini ialah:
hendak jadi orang yang selfish

Kalau si Farid tanya kenapa?
boleh makhan boleh makhan